March 9th, 2010

peserta af8

Ingat lagi tak yang kami pernah keluarkan ura-ura pasal bekas ahli kumpulan Saujana, Shahir yang bakal masuk Akademi Fantasia 8? Dan ternyata sumber kami tue sangat-sangat boleh dipercayai sebab dalam senarai nama pelajar AF 8 memang ada pun si Shahir tue. Memang hebat dan tepat sungguh berita yang kami terima.

Kali ini macam biasa ada 12 orang pelajar AF8.Nampak gaya macam semua muda-muda belaka. Mungkin tak ada suami, isteri, janda atau duda. Peserta perempuan nampak cun-cun belaka. Yang lelaki pun boleh tahan hensemnya. Tapi itu semua tak penting. Kita kena tunggu Tirai AF8 untuk tengok diorang nie betul-betul berbakat atau sekadar bergantung pada paras rupa je.

af 8

Di bawah adalah senarai nama pelajar AF8 untuk memudahkan anda semua AFUNDI nanti:-

1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
3. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor

UPDATE: Ada seorang ibu tunggal anak satu untuk AF 8 kali ini. Peserta tersebut ialah Zafarina Jamhari

Sumber dan gambar dari Murai.

P.S: Buat pengguna Xpax Blackberry, jangan lupa yang anda boleh dapat unlimited access dengan hanya RM2.50 sehari. Hanya sms BB ON dan hantar 28882. Kalau dari hari Isnin sampai Jumaat anda tak miss sehari pun untuk subscribe plan nie, Sabtu ngan Ahad nanti bakal dapat free Blackberry Access. Maklumat lanjut kat http://www.xpax.com.my/bigfreekinsale


Comments are closed.

Loading...