Written by AbangNara | March 1st, 2010

shahir af8

Rasanya bekas-bekas ahli kumpulan Saujana nie memang suka betul masuk program realiti. Kalau dulu Khairul Izwan Baharin pergi audition OIAM, kali nie kami dengar yang Shahir pulak berjaya masuk Top 20 Akademi Fantasia 8. Menurut sumber yang tak boleh dipercayai sangat nie, si Shahir nie memang ada pakej  yang lengkap. Maksudnya memang handsome, suara pun lunak dan berpengalaman dalam bidang seni nie.

Sekali imbas gambar kat atas nie, memang terserlah jugaklah kekacakan si Shahir Saujana nie. Kami rasa dia boleh lepas dan masuk senarai finalis peserta AF8. Kena tunggu konsert Tirai Akademi Fantasia 8 dulu nanti. Tengok betul ke tak betul yang si Shahir nie terpilih.

album baru saujana

Alang-alang dah bercakap pasal Saujana nie, kami nak melaporkan yang Saujana sudah pun keluarkan album terbaru diorang yang bertajuk Nota Cinta. Kami dah dengar dah lagu-lagu diorang. Boleh tahan jugaklah sedapnya. Orang kata kira boleh layan jugaklah. Kalau anda memang peminat Saujana, jangan lupa dapatkan album terbaru diorang nie.

Untuk info terbaru pasal Saujana, boleh pergi ke laman rasmi Saujana di http://www.saujana.net.my.

Comments are closed.