Ajar Anak Bahasa Inggeris, Ariz Ramli Beri Sedikit ‘Tips’ Agar Lebih Fasih

Hiburan

Ajar Anak Bahasa Inggeris, Ariz Ramli Beri Sedikit ‘Tips’ Agar Lebih Fasih

Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Ariz Ramli yang baru sahaja bergelar suami dan juga bapa kepada  Aleesya Sofea khabarnya sedang giat mengajar anak tirinya itu Bahasa Inggeris.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ariz dilihat ada berkongsi tips dan cara tersendiri dalam mengajar Aleesya.

Advertisement

Kongsi Ariz, mereka bertutur dalam Bahasa Melayu sekitar 70% manakala bakinya pula ada Bahasa Inggeris.

Ada yang tanya dekat rumah Cap dengan anak cakap bahasa apa. 70% BM 30% English. Tapi dari mula lagi saya ajar Aleesya untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan saya.

Contoh, ada masa kalau dia ajak Cap main mainan syarat saya adalah dia kena cakap Inggeris sahaja. Disebabkan dia benar-benar mahu bermain, dia cuba sedaya upaya untuk bercakap dan memahami.

Malah, anak tirinya itu juga sudah tertarik untuk bertanya mengenai berita semasa dalam Bahasa Inggeris dan penyanyi lagu Baby Sayang itu cuba untuk berkongsi dengan sebaiknya.

Terdahulu, Ariz ada menyatakan hasrat untuk mengajar Aleesya Sofea yang kini berusia lima tahun itu berbahasa Inggeris dan juga bahasa Perancis.

Sekadar info, penyanyi rap itu telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan iaitu seorang ibu tunggal yang  Farra Inalis sekitar bulan November yang lalu.

Farra Inalis
3 years ago

Farra Inalis Geram Dituduh 'Berlakon' Ketika Bantu Mangsa Banjir Bersama Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...