February 4th, 2016

Jika Aizat Amdan pernah menafikan beliau bercinta dengan Aisyah Aziz, hari ini penyanyi wanita itu juga tampil dengan kenyataan yang sama setelah diasak dengan pelbagai persoalan daripada peminat.

Namun, Aisyah yang hanya berkawan baik dengan Aizat tidak menolak seandainya satu hari mereka dijodohkan untuk bersama.

Terus-terang, kami hanya berkawan baik dan keakraban kami tercetus sejak kami bekerjasama iaitu ketika dia menghasilkan lagu buat saya berjudul Pilihan Sejati.

Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, kami hanyalah sekadar kawan semata-mata, namun saya tidak berani cakap apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jodoh itu kita tidak akan tahu sekarang.

Aisyah turut mengakui cukup selesa berkawan dengan Aizat dan antara rakan lelaki yang cukup rapat dengan dirinya.

Saya akui dia antara kawan lelaki yang agak rapat juga kerana kami senang berbincang dan bercakap mengenai muzik walapun citarasa muziknya dengan saya tidak sama.

Lagipun saya selesa berkawan dengannya kerana dia seorang yang tenang dan pendengar masalah yang baik.

Kalau ada jodoh apa salahnya, dua-dua pun selesa berkawan serta meminati bidang yang sama.  Aizat dan Aisyah mungkin sahaja boleh jadi pasangan yang ideal..Hehe

Sumber Berita: Murai


Comments are closed.

Loading...