January 28th, 2016

Sering kelihatan keluar bersama, Aizat Amdan dan Aisyah Aziz dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Walaubagaimanapun, Aizat  yang mengakui pernah keluar makan bersama dengan Aisyah tetap sekerasnya menafikan gosip tersebut dan menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat biasa.

Eh… Jangan salah anggap. Kami berkawan sahaja. Benar kami keluar makan bersama tetapi hubungan yang dijalinkan itu tidak lebih daripada sebagai kawan.

Biasalah, apabila selesai dengan urusan kerja di studio, saya dan rakan artis akan ke kedai makan.

Buat masa ini Aizat masih belum bertemu dengan wanita istimewa yang dapat mengisi kekosongan didalam hatinya.

Aizat mengimpikan seorang wanita yang beriman, memahami dirinya dan sependapat dengan beliau.

Dalam perkembangan lain, Aizat kini  tampil dengan sedikit pembaharuan dalam kariernya di mana dia akan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini. Ia salah satu strategi oleh Aizat agar menarik minat serta perhatian ramai akan setiap lagu baharu yang bakal dikeluarkan.

Agak lama jugak Aizat tidak aktif dalam bidang nyanyian seperti dahulu, mungkin kali ini beliau boleh tampil dengan lagu hitz seperti dulu. Soal percintaan pula, tidak semestinya keluar bersama terus dilabelkan bercinta bukan?

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...