Jika sebelum ini, umat Islam yang berpeluang ke tanah haram Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji pastinya akan membawa pulang ole-ole berupa air zam-zam sebagai tanda mata buat saudara-mara di tanah air.
Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan jemaah haji atau umrah untuk membawa balik air zam-zam dalam jumlah yang banyak namun hanya sekadar lima liter bagi setiap jemaah secara percuma.
Terbaru, sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama Masjid Besi memaklumkan bahawa jemaah kini tidak lagi dibenarkan untuk membawa pulang air zam-zam terutama jika mereka terbang menerusi lapangan terbang baharu di Jeddah.
Kepada para mutawif, nak beritahu..untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.
Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidakada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan perasaan kecewa berikutan peraturan terbaru yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Ada juga yang mengandaikan bahawa tindakan tersebut itu diambil kerana wujudnya sebilangan jemaah yang membawa pulang air zam-zam untuk dijual kepada masyarakat tempatan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.