Penyanyi Caprice memaklumkan di Instagramnya hari ini bahawa dia telah menerima banyak ugutan daripada orang ramai gara-gara pendedahannya mengenai Ebit Lew dan juga perihal misi bantuan kemanusiaan di Gaza, tempoh hari.
Ujar Caprice, dia sudah tidak boleh berdiam diri dan akan menerangkan setiap satu fitnah yang ditimpakan kepadanya semenjak pendakwah terkenal itu tampil memberi kenyataan mengenai isu tersebut.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia telah ‘ditipu’ oleh Ebit di sebalik penampilan alim yang ditonjolkan pendakwah tersebut kepada umum selama ini.
“Saya akan terangkan satu per satu dan pertahankan diri daripada setiap tuduhan. Fitnah merupakan satu jenayah dalam islam dan lagi teruk daripada membunuh. Insya-Allah, nanti kalian akan dapat lihat dan faham mengapa saya sangat terluka dan mengapa selama ini, satu Malaysia kena tipu.”
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Lenglui itu di sebuah hantaran video yang dimuat naik olehnya di Instagram.
View this post on Instagram
Terdahulu, Caprice ada mempersoalkan pernyataan Ebit Lew yang menyatakan dia telah menepis tangannya ketika mereka bertemu sekitar awal Julai lalu di Mesir ketika sesi siaran langsung Instagram, tempoh hari.
Disebabkan oleh itu, pemilik nama Ariz Ramli ini memberitahu bahawa dia ada menerima pelbagai ugutan daripada netizen sehingga ada yang mengugut untuk membunuhnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.