Sudahlah dipukul hingga terlantar koma oleh suami, wanita ini yang dikenali sebagai Jahidah Nordin masih lagi tidak mampu bergerak dan bercakap hingga ke hari ini, seperti laporan Astro Awani.
Hanya mampu mengalirkan air mata tatkala memegang anaknya di sisi, Jahidah masih lagi mampu melihat atau mengacah-acah anaknya, Eshfan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
Maklum adik kepada Jahidah, Fauziah, mereka berusaha untuk membawa tangan kakaknya itu untuk menyentuh bayi dan setiap kali melakukannya, air mata Jahidah pasti akan mengalir.
Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
Namun, terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata.
Berkongsi perkembangan anak Jahidah, Eshfan berada dalam keadaan sihat dan kini bergantung pada susu formula.
Tambahnya lagi, gaji dan wang di dalam bank milik Jahidah tidak dapat dikeluarkan kerana mempunyai kaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
Pada ketika ini, mereka sekeluarga terpaksa bergantung kepada bantuan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Terdahulu, Jahidah yang merupakan seorang penjawat awam telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor selepas dicederakan suaminya sendiri pada 4 Mei tahun lalu.