Semacho-semacho insan yang bergelar lelaki, kadang-kala pasti akan ada satu ketika yang menyebabkan titisan air mata jatuh ke bumi. Walaupun anda sekacak dan segagah Fahrin Ahmad, air mata akan gugur tanda tekanan dan kekecewaan yang terlebih sudah. Itulah suasana sedih  ketika sidang media Fahrin Ahmad semasa mengumumkan yang Linda Onn ada 7 hari untuk meminta maaf sebelum disaman.
Puitis sungguh ayat kami di atas tue. Kesian jugak kat si Fahrin nie. Kami boleh bayangkan tekanan yang dia terima. Iyerlah, dengan stress maknya terbaring di hospital, dengan imejnya sebagai duta produk tercalar, dengan masalah bercinta asik-asik clash. Mungkin semua itu menyebabkan gugurnya air mata seorang lelaki yang bernama Fahrin Ahmad.
Kepada Fahrin, berani kerana benar. Semoga kebenaran itu akan terbukti jua.