January 25th, 2010

fahrin saman linda Onn

Pengumuman-pengumuman. Jika anda adalah sepupu, sedara, anak angkat, makcik atau pun kawan kepada Linda Onn, sila beritahu dia yang dia ada 7 hari untuk memohon maaf secara terbuka kepada Fahrin Ahmad sebelum kes ini dibawa naik ke mahkamah. Permohonan maaflah mestilah dilakukan melalui suratkhabar Sinar Harian dan The Star.

Dan sila bagitau Linda Onn yang 7 hari tue dah pun bermula Jumaat lepas. Kira-kira balik Linda ada lebih kurang 5 hari sahaja lagi untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan dia. Anda tak tahu apa kenyataan Linda Onn? Sila baca kat sini ye.

Dan mengikut peguam Fahrin, diorang tengah sibuk mengumpul bukti lain untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat. Katanya bukti akan dikumpul melalui Twitter, blog dan kenyataan akhbar. Adakah selepas ini nama-nama Awal dan Scha akan naik? Sebabnya kami pernah baca Twitter Awal yang agak kasar dan seperti ditujukan kepada Fahrin.

Kesimpulan dari cerita ini ialah (dengar sini ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang), kalau berani kerana benar, kalau rasa tak berani cepat-cepatlah mintak maaf. Kalau naik mahkamah malu wei ~~ Sekian laporan dari bilik berita BeautifulNara.


Comments are closed.

Loading...