Sebelum ini, Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah serta memperbanyakkan minum air kosong.
Perkara itu berikutan fenomena cuaca panas yang agak tinggi sehingga mencecah suhu atas 34 darjah celsius sedang melanda negara dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Terkini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wanie Iwan berkongsi berita pemergian anak sulungnya, Aqil pada hari Raya keempat akibat strok haba dan dehidrasi.
Menerusi hantaran tersebut, Wanie memaklumkan anaknya sangat aktif menyambut Aidilfitri dengan melakukan aktiviti beraya dan bermain basikal di luar rumah pada Raya pertama dan kedua.
Namun, keesokkan harinya iaitu pada Raya ketiga, anak lelakinya itu mula mengalami demam dan cirit birit.
Melihat keadaan anaknya yang semakin lemah, Wanie segera membawa Aqil ke klinik berdekatan untuk diberikan rawatan pada Raya keempat.
Doktor masuk air tapi doktor tekan nadi tiba-tiba nadi berhenti. Masa ni jantung ibu pun dah rasa macam tak ada dah.
Semua doktor on call turun sebab anak ibu tiba-tiba colapse. Semua doktor dah berusaha habis baik buat CPR dan sebagainya.
Menurutnya lagi, hampir 1 jam pihak klinik cuba untuk kembalikan nadi anaknya namun Aqil telah disahkan meninggal dunia tepat jam 9.27 pagi pada 25 April lalu.
Bukan itu sahaja, hasil post mortem kematian turut mengesahkan bahawa kanak-kanak itu mengalami dehidrasi teruk sehigga menyebabkan organ dalamannya kekeringan air akibat strok haba.
Jantung dan buah pinggang Aqil hangus habis dah, dalam dah kosong. Air dan darah dalam tubuh dah kering.
Dalam pada itu, Wanie meminta ibu bapa di luar sana untuk mengambil iktbar dari kisah anaknya dan melarang anak-anak untuk bermain di bawah panas.
Suhu sekarang ni sangat-sangat panas. Cuaca tak elok panas teruk, bagi anak air yang secukupnya.