Atuk & Nenek Ditemui Jalan Kaki Tepi ‘Highway’ Nak Pergi Beraya Dengan Cucu – “Tak Ada Duit Nak Bayar Tambang”

Kehidupan

Atuk & Nenek Ditemui Jalan Kaki Tepi ‘Highway’ Nak Pergi Beraya Dengan Cucu – “Tak Ada Duit Nak Bayar Tambang”

Aidilfitri adalah hari yang dinantikan ramai umat Islam bukan hanya mahu meraikan sebulan berpuasa tetapi juga gembira dapat berkumpul dengan keluarga.

Tetapi tidak bagi pasangan warga emas ini yang dijumpai sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana mahu berjumpa dengan cucu mereka.

Advertisement

Kejadian itu berlaku di lebuh raya Cisumdawu, Jawa Barat, Indonesia dan kedua-dua mereka telah disantuni anggota polis demi keselamatan.

Selepas disoal, atuk dan nenek itu mengaku sanggup berjalan kaki ke Rancakalong dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara kerana rindu dan mahu bertemu anak serta cucu.

Lebih memilukan, mereka memilih untuk membuat keputusan yang membahayakan keselamatan kerana berjalan di lebuh raya kerana tiada wang mencukupi untuk membayar tambang.

Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan bahawa warga emas tersebut mengalami hilang ingatan kerana mereka berdua turut mengaku telah berkumpul sekeluarga.

Keluarganya juga telah menziarahi pasangan itu pada Hari Raya baru-baru ini. Namun beberapa hari kemudian mereka ambil keputusan untuk ke rumah anak di Rancakalong.”

Selepas diselamatkan, polis Sumedang meminta dua warga emas tersebut untuk berehat sebelum dibawa ke hentian pengangkutan awam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

"Makcik Masuk Bilik Tanpa Makan Sebutir Nasi Pun" - Ibu Sedih Tunggu Anak Mungkir Janji Nak Iftar Bersama, Meninggal Esoknya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kompas

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...