Ain AF8 Memang Tertarik Menarik Kau Memang Dabom

Hiburan

Ain AF8 Memang Tertarik Menarik Kau Memang Dabom

ain af8

Agak terlambat kami nak updatekan cerita pasal konsert Tirai AF8. Maafkan diri kami yang pacal lagi hina ini. Terima kasih pada Astro yang sudi menjemput kami untuk melihat secara live konsert Tirai Akademi Fantasia 8 pada hari Sabtu yang lepas.

Advertisement

Secara keseluruhan kami tengok time konsert Tirai nie ada 3,4 orang peserta AF yang boleh menonjol. Yang paling mantap sememangnya Ain AF8. Mula-mula kami ingat si Ain nie sekadar nak jual muka jer, sekali bila dia bukak mulut nyanyi lagu The Climb, kami tahu dia nie memang ada suara. Mantap beb dia nyanyi.

Suara Ain memang sedap. Gaya pun ada. Make up pun not bad. Muka pun cun gak. Cuma kami tak sempat layan Diari AF8 untuk tahu macam mana perangai dia. Kalau perangai pun ok, kami rasa compem Ain bakal jadi juara AF8.

Yang lain-lain pun ok jugak nyanyi. Si Shahir bekas ahli kumpulan Saujana pun not bad jugak. Ada sorang peserta laki-laki tue kalau tak silap kami namanya Aliff memang ada suara  yang pelik. First time kami dengar suara camtue. Kalau diasah boleh meletop gak.

Tak sabar plak nak tunggu Sabtu nie nak tengok persembahan budak-budak AF8 nie. Nak tengok ada peningkatan ke tak. Nampaknya demam AF dah melanda kami dah. Anda pulak bagaimana?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...