Aiman Hakim Ridza Tidak Mahu Dedah Punca Putus Cinta Dengan Nur Fathia

Hiburan

Aiman Hakim Ridza Tidak Mahu Dedah Punca Putus Cinta Dengan Nur Fathia

Mereka ibarat merpati dua sejoli dan cukup sepadan bila bersama,  sudah mempunyai rencana untuk berkahwin tetapi takdir menentukan yang sebaliknya buat Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia. Hubungan mereka akhirnya terputus di tengah jalan.

Tentu sekali, ramai yang agak kecewa dengan berita tersebut terutama sekali peminat fanatik pasangan ini dan pelbagai persoalan timbul mengenai punca mereka berpisah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Aiman kurang senang dengan perkara itu dan meminta agar orang ramai dan pihak media tidak mendesak beliau untuk memberitahu punca beliau putus cinta kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara ini dan berharap anda memahami serta menghormati privasi saya.

Ia adalah kerana saya tidak mahu kenyataan saya akan menyinggung mana-mana pihak dan banyak hati yang perlu dijaga, saya ada ibu-bapa, begitu juga dia (Fathia).

Ditanya bagaimana kehidupan beliau selepas kembali solo, Aiman memberitahu ia berjalan seperti biasa dan beliau sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

Soalan tentang kehidupan saya kini juga sangat menjurus tentang perkara itu, saya seperti manusia normal lain yang bangun tidur dan gosok gigi. Sebagai seorang manusia normal juga, saya sentiasa mahu kehidupan saya menjadi lebih baik setiap hari.

Berada dalam satu industri dan bidang yang sama, Aiman memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah jika ditakdirkan untuk bekerjasama bersama bekas kekasihnya itu di masa hadapan.

Empat tahun bercinta bukan satu masa yang singkat, tetapi kalau tiada jodoh hendak buat macam mana bukan? Pasti ada hikmah buat Aiman dan Fathia. Apa yang penting tidak perlulah mereka berdua bermusuh, industri hiburan Malaysia ini kecil, jika pergi mana-mana majlis tentu akan bertemu juga.

Sumber Berita:mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...