“Aii Masih Dengan Fara Ke?” – Bermesra Di Kedai Emas, Identiti Wanita Dengan Shuk Jadi Tanda Tanya

Hiburan

“Aii Masih Dengan Fara Ke?” – Bermesra Di Kedai Emas, Identiti Wanita Dengan Shuk Jadi Tanda Tanya

Boleh dikatakan nama pelawak serta bekas penyampai radio, Shuk Sahar sering terpalit dengan kontroversi sejak beberapa tahun yang lalu kerana berlaku curang terhadap bekas isteri, Rossa Sera.

Akibat kontroversi yang dilalui, boleh dikatakan kerjaya yang di bina oleh Shuk dalam dunia industri jadi ‘gelap’.

Advertisement

Baru-baru ini, muncul satu video di platform TikTok menjadi tular kerana kelihatan pelawak tersebut bersama dengan seorang wanita di sebuah kedai emas.

Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform berkenaan, jelas terlihat seorang lelaki dipercayai Shuk berada di hadapan kaunter kedai emas dan ditemani oleh seorang wanita.

Bukan sekadar memakai baju sedondon warna hitam, malah mereka juga kelihatan sangat mesra di hadapan kaunter kedai emas itu.

komen netizen

Meninjau di ruangan komen hantaran video tersebut, rata-rata tertanya siapakah identiti wanita terbabit, malah ada juga mendakwa wanita itu kelihatan seperti bekas isteri Shuk iaitu Rossa Sera.

Tetapi, dalam pada masa yang sama, ada berkata wanita itu adalah kekasihnya sewaktu masih bergelar sebagai suami Sera iaitu Fara.

Bagaimanapun, hal terbabit masih belum diketahui dan Shuk juga tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan video tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

shuk
2 years ago

(VIDEO) "Dah Terlambat, Patut Dari Dulu Lagi..." - Konon Buat Trend TikTok Jadi Setia, Shuk Sahar Diperli Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...