(VIDEO) “Dah Terlambat, Patut Dari Dulu Lagi…” – Konon Buat Trend TikTok Jadi Setia, Shuk Sahar Diperli Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Dah Terlambat, Patut Dari Dulu Lagi…” – Konon Buat Trend TikTok Jadi Setia, Shuk Sahar Diperli Netizen

Pasti ramai yang mengetahui tentang pergelutan rumahtangga yang dialami pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera yang runtuh selepas beberapa kali dia berlaku curang sehingga menyebabkan perkahwinannya kini sampai ke penghujung.

Baru-baru ini tular pula sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya yang memaparkan dirinya bersama pelakon, Nazeera Sardi sedang berjalan berdua-duaan seperti pasangan bercinta.

Advertisement

Namun, secara tiba-tiba Nazeera disapa oleh seorang wanita yang menegur tentang tali kasutnya yang terbuka dan ketika dia tunduk untuk mengikat tali kasut, wanita itu kemudiannya dengan pantas memberikan kad nombor telefon kepada Shuk.

Sejurus itu, Shuk dilihat mengambil kad nombor tersebut dengan wajah seolah-olah terkejut dengan tindakan wanita itu. Bagaimanapun, dia dilihat membuang semula kad tersebut dan kembali berjalan bersama Nazeera.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memerli tindakan pelawak itu membuat video trend TikTok seolah-olah setia dengan pasangan namun berbeza dengan realiti kehidupannya yang sebenar.

Berdasarkan cerita sebenar yang di plot twiskan – netizen.

Patut nya dari dulu lagi,” tulis seorang warganet.

Orang dah tak percaya dah shuk… sekali dua tak apa ni dah berpuluh-puluh,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa tak heran dengan isu inai Nunha
4 bulan lalu

"Cakaplah Apa-Apa, Kita Masih 'Chill'.." - Neelofa Nasihat Pihak 'Batu Api' Jangan Penatkan Diri Timbulkan Isu Inai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...