Pelakon jelita, Fasha Sandha baru-baru ini menjadi tumpuan netizen gara-gara penampilannya yang didakwa seksi kerana memakai seluar ketat sehingga menampakkan alur seluar dalam.
Dalam video yang menjadi tular itu, Fasha difahamkan baru selesai bersukan dan hanya memakai seluar jenis ‘legging’ dan baju sukan.
Dia kemudian dilihat mengunjungi sebuah gedung pakaian bersama suami tersayang, pelakon Aidil Aziz.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil mengkritik seluar yang dipakai Fasha yang dikatakan tidak sesuai dipakai di tempat umum.
@irfan783837
Laki aku kalau pakai seluar ni dia tanya “nak tunjuk dekat siapa?”
Ada yang meluahkan rasa tidak selesa dan mempersoalkan sama ada Aidil tidak menegur cara pemakaian isterinya itu ketika berada di luar.
Aidil tak tegur ke? Kita pula yang naik segan tengok.
Namun begitu, ada juga peminat yang memuji Fasha Sandha yang semakin cantik dan kurus berbanding dahulu.