“Yang Penting Resit Kena Tunjuk” – Suami Fatin Afeefa Beli Tudung Hampir RM5k, Netizen Doa Moga Istiqamah

Hiburan

“Yang Penting Resit Kena Tunjuk” – Suami Fatin Afeefa Beli Tudung Hampir RM5k, Netizen Doa Moga Istiqamah

Semakin hari semakin menjadi tumpuan, pasangan suami isteri Fatin Afeefa dan Aliff Awang hari ini menjadi tular lagi dengan kisah ‘sweet’ antara mereka berdua.

Difahamkan, Aliff yang mesra disapa sebagai Opai ada membelikan isterinya berpuluh helai tudung sehingga mencecah RM5,000.

Advertisement

Dalam video yang menjadi tular itu, Fatin dilihat sedang sibuk memilih corak tudung di sebuah butik popular.

Opai juga meminta Fatin untuk mengambil sebanyak mana tudung yang dimahukannya.

Ambil je banyak mana nak. Pelan pelan kayuh ya sayang.

Mungkin Fatin ingin mula mengenakan hijab sepenuhnya, Opai dilihat menyokong hasrat isterinya tanpa berbelah bahagi dan tidak lokek berbelanja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fatin terbuka hati untuk berhijab dan turut memuji suaminya itu kerana sanggup berbelanja ribuan ringgit.

Namun ada juga yang mengkritik tindakan Aliff yang dianggap menunjuk-nunjuk dan riak.

Terdahulu, Aliff Awang pernah menjadi tumpuan netizen gara-gara dia berkongsi jumlah pendapatannya yang mencecah RM76,000 seminggu.

suami fatin afeefa
1 year ago

"Dah Lah Single, Takde Duit Pula" - Tayang Pendapatan RM76K Seminggu, Suami Fatin Afeefa Dilabel Riak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...