Ahli Kpop BTS Kongsi Lagu Islamofobia, Pelajar Malaysia Kesal Masih Ada Peminat Muslim ‘Back-Up’!

Dunia

Ahli Kpop BTS Kongsi Lagu Islamofobia, Pelajar Malaysia Kesal Masih Ada Peminat Muslim ‘Back-Up’!

Baru-baru ini, ahli kumpulan K-POP popular, BTS yang bernama Kim Namjoon ataupun mesra dikenali sebagai RM membuat ramai peminat kecewa selepas dia berkongsikan di laman Instagram satu lagu Islamofobia berjudul Bad Religion nyanyian Frank Ocean.

Susulan itu, isu terbabit menjadi perhatian peminat seluruh dunia, lagi-lagi yang beragama Islam kerana berasa terkilan dengan tindakan penyanyi kegemaran mereka.

Advertisement

Biarpun sudah terang lagi bersuluh penyanyi terbabit salah, masih juga ada peminat Muslim tampil pertahankan RM.

Susulan itu, seorang pelajar berasal dari Malaysia yang bernama Maisarah Jedin meluahkan rasa kesal terhadap individu-individu tersebut serta merasakan mereka sudah melampaui batas.

Kita nak berhibur boleh, cuma sebagai Muslim kita perlu jaga batasan. Bila berlebihan, kita dah melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah.

Maisarah turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk bijak memilih individu yang mahu mereka idolakan kerana semua itu bakal dipersoalkan ketika Hari Akhirat kelak.

Sekada info, RM merupakan penyanyi rap berasal dari kumpulan lelaki K-POP yang ketika ini paling popular iaitu BTS dan lagu-lagu mereka sering dimainkan di serata dunia.

2 years ago

(VIDEO) "Ni Bukan Caranya.." - Tak Faham Minat Anak, Bapa Dikecam Bakar Koleksi Barang 'Kpop'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...