Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri bakal awal sehari dari tarikh yang telah ditetapkan dalam kalendar (22 April 2023) seperti yang berlaku pada tahun lalu.
Terbaharu, sejarah mungkin berulang kembali apabila persatuan Astronomi Emirates meramalkan tarikh Hari Raya jatuh pada jumaat, 21 April 2023.
Kemungkinan besar, Ramadan tahun ini adalah 29 hari.
Seperti yang dilaporkan oleh pihak The National News, cuti Aidilfitri di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka bakal bermula pada 29 Ramadan hingga 3 Syawal.
Ia bermakna cuti perayaan tersebut bakal bermula pada tarikh Khamis, 20 April hingga Ahad, 23 April.
Bagaimanapun, pengumuman lanjut yang lebih tepat bakal dimaklumkan serta disahkan oleh jawatankuasa penglihatan bulan negara nanti.
Sekadar info, sebelum ini Jawatankuasa Kemajuan Malaysia (JAKIM) ada mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri setelah tersebarnya khabar angin mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh sehari awal hingga menimbukan kekeliruan.