‘Viral’ Gambar Hari Raya Dengan Keluarga, Amar Asyraf Didakwa Sudah Berkahwin Kali Ketiga

Hiburan

‘Viral’ Gambar Hari Raya Dengan Keluarga, Amar Asyraf Didakwa Sudah Berkahwin Kali Ketiga

Belum pun reda berita tentang pengesahan lafaz cerai talak tiga pelakon Amar Asyraf dan isteri keduanya, Vivy Jeffry pada minggu lepas, timbul pula desas desus mengatakan dia sudah berkahwin kali ketiga.

Menurut Harian Metro, pada 19 Mac lalu sekeping foto mesra dimuat naik oleh akaun Instagram dipercayai milik ibu Amar.

Advertisement

Berdasarkan gambar itu, Amar dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh turut berada bersama mereka.

Gambar itu menunjukkan pelakon berkenaan dengan wanita yang didakwa sudah mempunyai dua orang anak selain mereka berdua memakai baju sama tema warna putih.

Lebih menguatkan spekulasi, menerusi akaun Instagram salah seorang adik beradik wanita bernama Farhana Yusof itu, foto keluarga ketika sambutan Aidilfitri baru-baru turut dimuat naik.

Difahamkan, Harian Metro telah cuba menghubungi pelakon berusia 36 tahun itu untuk mendapatkan pengesahan namun panggilan tidak dijawab selain mesej di Whatsapp tidak dibalas.

2 years ago

(TERKINI) 19 Tahun Bersama, Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Disahkan Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...