AG Coco Dedah Kini Menetap Di United Kingdom Bersama Keluarga

Hiburan

AG Coco Dedah Kini Menetap Di United Kingdom Bersama Keluarga

Komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco memaklumkan yang dirinya kini telah berpindah ke United Kingdom (UK) bersama isteri, Zuliana Eusoff dan anak lelaki mereka, Hidayat Hezry.

ag coco
3 years ago

Diselar Dek Kritik Ramai Pilih Berlibur Dari Ziarah Ibu Bapa, AG Coco Mohon Maaf

Advertisement

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, AG dilihat berkongsi foto terkini bersama keluarga di samping turut menyambut ulang tahun perkahwinannya mereka yang kelima.

Menyambut ulang tahun perkahwinan kelima kami di luar negara. Perkara terpenting adalah keluarga. Bertemu kembali bersama isteri, anak Hidayat. Saya bersyukur, kalian sangat bermakna pada saya.

Difahamkan, Zuliana yang juga merupakan duo kumpulan Hani & Zue telah berhijrah ke UK bersama anaknya terlebih dahulu sekitar Oktober lalu bagi tujuan menyambung pengajiannya.

Walaupun kini menetap di benua Eropah, AG memaklumkan yang dia masih menawarkan sebarang perkhidmatan berkaitan muzik untuk mereka yang berada di Malaysia.

Saya masih menawarkan perkhidmatan seperti biasa (terbit muzik/sesi muzik dan sebagainya) dari jauh (mengikut waktu UK). Sila hubungi saya seperti biasa menerusi email dan nombor +44 (0).

AG Coco

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, ramai rakan selebriti dan netizen yang turut menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan serta selamat berhijrah kepada pemuzik yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu.

Sehingga kini, perkongsian AG tersebut telah menerima hampir 11,000 tanda suka daripada peminat serta pengikutnya di laman sosial tersebut.

Sekadar info, AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz dan isteri telah bernikah pada 10 Disember 2016 di Kelana Jaya, Selangor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...