Aeril Zafrel Enggan Komen Isu Dipanggil Oleh JAIS

Hiburan

Aeril Zafrel Enggan Komen Isu Dipanggil Oleh JAIS

Di dalam artikel sebelum ini, Abang Nara ada kongsikan bahawa pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan dipanggil oleh JAIS untuk membantu siasatan mengenai pernikahan pertama mereka. Ditanya mengenai perkara ini, Aeril enggan memberikan sebarang komen kerana takut disalaherti oleh orang ramai.

aeril zafrel

Advertisement

Kata Aeril kepada Sinar Harian:-

Kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil Jais). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan. Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan

aeril zafrelAeril juga enggan memberikan sebarang komen kerana takut segala perkataan yang terkeluar daripada mulutnya digunakan sebagai bahan balas balik. Kata Aeril:-

Bila saya beri kenyataan, orang jadikan ia sebagai bahan untuk balas balik. Contoh macam kenyataan Wawa mengenai pemakaian tudung sebelum ini. Jadi tak gunalah saya bersuara kerana ia bukan meredakan keadaan, tetapi membuatkan keadaan lagi bertambah buruk.

Cuma apa yang saya harapkan isu ini akan reda dalam masa yang singkat. Saya bukannya ditangkap basah. Saya hanya berkahwin dan merahsiakan perkahwinan saya. Salah ke saya mahu mendirikan rumah tangga?

gambar anak aerilSementara itu Aeril telah berkongsi gambar terbaru anaknya (gambar di atas), Attar selepas hashtag #Attar berjaya trending di Twitter semalam. Semoga kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka sekeluarga akan berterusan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...