October 21st, 2013

Kalau anda sudah muak dengan artikel yang berkaitan dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, Abang Nara nasihatkan sila jangan teruskan pembacaan anda. Ini adalah perkembangan terbaru mengenai pernikahan 2 kali mereka. Kes siasatan oleh JAIS telah pun dibuka dan semua yang terlibat dalam pernikahan kali pertama akan dipanggil oleh badan ini.

aeril dan wawa

Sekiranya keputusan mahkamah mendapati mereka bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran, kesemua yang terbabit dalam pernikahan pertama itu boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Kata Penolong Pengarah JAIS:-

Kes ini masih dalam tindakan siasatn JAIS sama ada mereka dinikahkan oleh kadi yang bertauliah atau sebaliknya. Setiap pasangan yang berhajat untuk bernikah, mereka perlu mendapatkan kebenaran terutama bakal pengantin perempuan. Undang-undang setiap negeri memerlukan pasangan berkenaan membuat permohonan untuk berkahwin.

Tak perlu pernikahan kali kedua sekiranya pernikahan pertama itu sah mengikut hukum syarak. Dalam Islam, tak ada istilah pernikahan kali kedua. Buat masa ini, saya tak boleh beri sebarang pengesahan sama ada pernikahan pertama mereka sah atau sebaliknya kerana kes ini masih dalam siasatan.

Begitu juga dengan status bayi mereka, saya tak boleh beri sebarang pengesahan sama ada anak itu sah taraf atau sebaliknya selagi siasatan belum selesai.

Sekiranya pernikahan pertama itu sah mengikut syarak, bermakna pernikahan itu menyalahi peruntukan bahagian kedua Enakmen Keluarga Islam. Mereka oleh disabitkan kesalahan oleh mahkamah dengan denda RM1,000 atau enam bulan penjara.

wawa

Abang Nara berharap agak Aeril dan Wawa dapat memberikan kerjasama kepada JAIS untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin. Bawa mereka yang terlibat dalam pernikahan pertama anda untuk bertemu pihak berkuasa agar pernikahan tersebut dapat disahkan. Lagi segera selesai, lagi cepatlah segala kontroversi ini berakhir. Semoga segalanya dipermudahkan.

P.S: Perlukah memanaskan enjin sebelum kereta bergerak?


Comments are closed.

Loading...