February 7th, 2018

Tampil di muka hadapan majalah URTV bersama aktres Izreen Azminda untuk tema Naluri Isteri Kedua, penyanyi Adira teruk dikecam oleh netizen.

Bagi mereka untuk apa majalah tersebut mahu bercerita mengenai kedua-dua selebriti tersebut yang sebelum ini dihimpit dengan kontroversi ketika berkahwin dan dilabelkan sebagai perampas suami orang oleh netizen.

Walaubagaimanapun, Adira sedikit pun tidak mahu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri. Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun.

Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada maslah dengan pemilihan tajuk tersebut. Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Adira turut bersimpati dengan nasib Izreen yang tidak henti menerima kecaman selepas mengumumkan perkahwinan beliau dengan Ude Wahid sebagai isteri kedua. Namun, Adira yakin Izreen seorang wanita yang tabah dan kuat untuk mengharungi segala tomahan orang ramai terhadap dirinya.

Sumber Berita : mStar Online


43 responses to “Adira Tidak Kisah Dikecam Tampil Bersama Izreen Dalam Majalah Dengan Tajuk Naluri Isteri Kedua”

  1. wekkkkkkk says:

    Tapi Percayalah Cakap Saya, Jika Mahu Bermadu Jadi Yg Ke 2, 3, 4, Kalau Dapat Restu Dari IbuBapa Memasing, InysaALLAH Pasti Bahagia, Kalau Tak Direstui Atau IbuBapa Terpaksa Merestui..Maka Akan Punah lah Di Masa Akan Datang. Ini Jika IbuBapa Masih Ada.

    Kalau Isteri Pertama Dan Anak2 Tak Redha, Maka Akan Punah Juga.

    • wekkkkkkk says:

      Itulah Pendapat Wekkkkkkk, Setelah Melihat Depan Mata Kisah Masyarakat Dan Di Celah2 Kehidupan Manusia.

  2. Just me says:

    Bab poligami semua tuduh no.2 tu jahat, miang and sebagainya….tp kena ingt diorg kawen, sah dan halal, x dosa di sisi agama Islam kalau lelaki tu boleh berlaku adil..how bout yg x bertudung, pki sendat sana sni, pegng sna pegn sni…tu ok pulak korg..yg tu terang2 da dosa..aisey…

    • AREYU says:

      R U NO 2?

    • Pls lah jgn keluar dari topic, takde org nak kutuk no.2 kalau rumahtangga semua aman damai dan suami berlaku adil. Takda pun org kutuk Zarina Zainudin sbb dia pandai jaga rumahtangga dan maruah sbg seorang madu. Yg pakai tudung seksi meksi tak termsuk dlm topic hari ni. Tapi ramai je artis2 yg bertudung seksi meksi, ada je org tegur dlm ig.If it bothers you so much, kau pegi je lah tegur satu persatu tapi dgn cara yg baik lah, itu juga termasuk dlm berdakwah. Pahala.

    • Jangan Bangang Sangat says:

      Come on…betul pe dia ckp..its not out of topic…or u dont understnd.

  3. ikan says:

    kalau nak jadi bini no 2 tu carilah laki yang betul2 kaya. yg memang mampu. toksah tangkap muat je. klu die kayaraya, ade kurang sikit bini 1st marah. kalau dah laki tu semekin, harap pandai ayat je, spenda bini 1st pun tak terbeli pastu ada hati nak kawin lain hurmmm mmg kene maki la

  4. anon says:

    possing si adira tu nmpk lah dia nya nyesal or itu dah jodoh
    yg ijerenn mmg nmpk ke angukahan dan kebirahannya
    so weird …

  5. hamba ALLAH says:

    macam satu kesalah besar betul yg jd bini no2,3 n 4 ni ye..klu di rampas bg becerai mungkin jahat gila.ni die kongsi suami je. Ustaz Azhar Idrus ada ramai isteri, ustaz syed al jufri ade 2 isteri, asyraf muslim ade 2 isteri, saleh yakob ade 2 isteri, dan lain2 yg beristeri ramai. salah ke semua perempuan2 tu.hina ke diorg. klu qada dan qadar dah tertulis boleh ke kita menidakkn nye.kita tuhan ke.siapa kita nak hukum org.doakn yang baik2 sudah untuk mereka.kalau terkena pada kita takkn nak meroyan selamanya.kebahagiaan tu kita sendiri yang tentukan.first hit mmg sakit.lama2 biasa la nnt.setiap tu ada hikmah dan kebaikkan.lihat dengan akal bukan dengan nafsu.

    • Juga HAMBA ALLAH says:

      Mmg tak salah. Tapi berdosa kalau tidak di lakukan secara adil. Atau cakap nak bermadu, tapi akhirnya salah satu pihak hanya berminat utk menjadi dominan dan akhirnya buat rumahtangga satu pihak lagi jadi hancur lebur. Yg ini lah yg sgt org benci dan agama kita pun tidak menggalakkan berpoligami dlm keadaan yg sedemikian. Takde siapa yg nak menghukum siapa kalau berpoligami hidup secara rukun damai. Kalau berpoligami tapi huru hara, dlm hukum Allah tetap berdosa.

    • Anonymous says:

      Takde siapa hukum siapa, ada setengah kes tu diri sendiri yg buka aib di social media, kalau dah tahu bermadu, belajar utk hormat antara satu sama lain. Jgn suka2 tulis kat social media utk di jadikan bahan spekulasi, kemudian bila dah jadi bahan buah mulut org, korang balik kan pada netizen konon mereka yg menghukum. Hukum apa, semua nya yg di tulis ada kat internet, senang netizen boleh buat bahan rumusan. Say what you wanna say, ni zaman org menilai org melalui kata2 korang sendiri di social media. Nak attention sgt kan. Dapatlah.

    • dian says:

      memangla xsalah. mslnye banyak2 jantan kat luar tu apehal laki org gak yg ko nak pilih.nak extend yg dh sedia ada buat pe. pi la bina masjid baru,tu yg org marah.

    • wekkkkkkk says:

      Qadar dn Qadar yg ‘” SENGAJA DI TEMPAH”..bukan TER…

Loading...