Umum mengetahui mengenai hubungan rapat antara penyanyi Adira Suhaimi dan madunya, Datin Red yang sering menjadi perhatian orang ramai.
Baru-baru ini, Adira telah datang ke rumah Datin Red untuk membuat kejutan sempena hari ulang tahun madunya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu dilihat memberikan hadiah sebiji kek, sejambak bunga, dan seutas gelang tangan untuk Datin Red.
Happy birthday akak sayang, tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah… datang awal sehari sebab esok takut tak sempat singgah…
Bukan itu sahaja, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dilihat tidak dapat menahan sebak kerana berasa terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh Adira.
Malah, isteri pertama kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red itu kerap memeluk erat madunya itu.
Meninjau di ruangan komen, Datin Red turut sempat berterima kasih kepada Adira dan memohon maaf kerana tidak menjadi ‘kakak’ yang baik.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial sekali lagi meluahkan rasa kagum melihat keakraban mereka berdua yang saling bertolak ansur dalam hidup berpoligami.
Bahkan, netizen turut memuji Datuk Red kerana memainkan peranan penting dalam membahagikan kasih sayang secara adil kepada kedua isterinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.