“Yaa Pasti Lesty Lebih Kerenn” – Peminat Indonesia Dakwa TokTi ‘Try Hard’ Tiru Cengkok Lesti Kejora

Hiburan

“Yaa Pasti Lesty Lebih Kerenn” – Peminat Indonesia Dakwa TokTi ‘Try Hard’ Tiru Cengkok Lesti Kejora

Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkesempatan bertemu penyanyi terkenal Indonesia, Lesti Kejora ketika lawatannya ke Jakarta.

Dalam pertemuan itu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi dilihat meluangkan masa bersama Lesti untuk seketika dan sempat melayan permintaan peminat yang ingin mereka berdua berduet lagu Sekali Seumur Hidup.

Advertisement

Ternyata, kelunakan suara kedua-dua bintang ini membuatkan peminat teruja dan ruangan komen video tersebut dibanjiri pujian oleh netizen kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Namun begitu, ada juga komen daripada sesetengah netizen yang membanding-bandingkan suara kedua-dua penyanyi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lestikejora (@lestykejora)

Merinding deh, tapi kok penyanyi Malingsia ini tryhard banget sihh? Yaa pasti Lesty lah yang lebih bagus.

Terdahulu, Siti pernah memberi pesanan kepada peminat terutamanya Siti Zoners agar tidak membandingkan dirinya dengan selebriti lain menerusi satu ciapan di Twitter.

Kata Siti, dia berharap tiada individu yang menyamar di belakang ‘team’ Siti Zoners dan memperlekehkan insan-insan yang bertungkus lumus menjaga reputasi dan kerjayanya dalam industri hiburan tempatan tanah air.

Kamal Adli Uqasha Senrose komen
1 year ago

(VIDEO) "Jangan Sampai Darah Gua Hidu Lu" - Netizen Siasat Siapa Individu Psiko Ganggu Uqasha Senrose, Jumpa Komen Menakutkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...