Terbaru, ada khabar yang mengatakan Adira mengalami keguguran selepas Dato Red memuat naik foto gambar berpegangan tangan antara seorang dewasa dan kanak-kanak berserta kapsyen yang menggunakan emoticon wajah menangis, botol susu serta tanda pangkah.
Ia jelas menggambarkan seakan mereka kehilangan anak mereka. Malah, akaun Instagram Adira juga sudah dipadam.
Sejauh mana kesahihan berita ini masih menjadi tanda tanya. Jika benar, takziah kami ucapkan kepada Adira dan Dato Red. Tidak mengapa, mungkin belum rezeki. Janganlah bersedih dan putus asa.