Baru-baru ini, ahli Parlimen Kepong iaitu Lim Lip Eng curi perhatian warganet di Twitter apabila beliau memuat naik satu ciapan poster yang menawarkan tawaran pekerjaan.
Menerusi poster yang di muat naik oleh beliau itu, Lim menyatakan hasratnya untuk mencari seorang pegawai media baharu dan gaji mengikut pasaran semasa serta pengalaman.
Dalam pada masa yang sama, Lim turut menawarkan kekosongan buat pelajar yang ingin menjalani latihan industri ataupun pratikal.
Kalau ada rakan-rakan yang masih mencari kerja boleh hantar resume anda ke email ini :) pic.twitter.com/TordpGZCVJ
— LIM LIP ENG (@limlipeng) January 5, 2022
Walau bagaimanapun, apa yang membuat ciapan poster tawaran pekerjaan tersebut menarik perhatian ramai adalah rekaan poster itu sendiri.
Kebanyakkannya berasa terkejut serta keliru apabila melihat poster berkenaan kerana ianya seolah-olah direka oleh pereka grafik amatur.
Adik you ke yang buat poster ini, saudara?
Namun, ada juga yang merasakan idea ahli Parlimen ini bernas kerana dengan berbuat sedemikian, ciapan tersebut menjadi tular di platform media sosial tersebut.
Hahahaha! Ada bagusnya juga buat poster macam tu kan.