Adik kepada mangsa pembunuhan kejam Zayn Rayyan dilaporkan telah dibawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor untuk dijaga dan dipelihara.
Memetik laporan Harian Metro, pihak JKM difahamkan telah hadir ke rumah keluarga yang menjaga adik Zayn itu sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Perkara itu turut disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim di mana menurutnya terdapat keperluan untuk pihak JKM melakukan perkara itu.
Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil.
Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam setelah kedua-duanya mengaku tidak bersalah usai didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.