Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta, Tak Patut Dijadikan Isu – Azam Baki

Berita

Adik Guna Akaun Saya Beli Saham 250 Juta, Tak Patut Dijadikan Isu – Azam Baki

Tan Sri Azam Baki selaku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa akaun peribadi miliknya telah digunakan oleh adik, Nasir Baki bagi urusan pembelian saham.

Tambah Azam, isu penggunaan akaun tersebut untuk membeli saham tidak seharusnya menjadi isu besar kerana sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia bukanlah satu kesalahan.

Advertisement

Sebenarnya, sesiapa pun boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran. Kalau ada kesalah dan benar berlaku, beritahu saya kalau ia merupakan satu kesalahan.

Katanya lagi, tuduhan mengenai wujudnya ‘conflict of interest’ oleh sesetengah pihak terhadap dirinya tidak berasas dan dia telah menjelaskan mengenai isu tersebut (pembelian saham oleh adik) kepada Panel LPPR.

Saya tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu. Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

Ujar Azam, tuduhan itu juga telah menggambarkan bahawa dia mengawal satu konglomerat yang besar dan tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Persuruhjaua dan institusi SPRM.

Semalam, sebuah sidang media khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) telah diadakan bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang membabitkan beberapa pegawai-pegawai tinggi di agensi suruhanjaya berkenaan.

Antara nama yang terpalit dengan skandal tersebut adalah Tan Sri Azam Baki di mana sekitar minggu lalu, sekumpulan Ahli Parlimen PH meminta agar pendedahan penuh dibuat terhadap semua aset yang dipegang oleh Azam termasuklah isteri, anak-anak dan  juga mereka yang mempunyai pertalian dengannnya.

Bungkus Nasi pakai paku
2 years ago

Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan? Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda RM10,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...