Adik kepada pensohor media sosial Aisyah Hijanah, Amirul tampil membidas kritikan sesetengah individu yang menuduhnya sengaja membuka aib ahli keluarga sendiri susulan krisis rumah tangga yang berlaku antara kakaknya bersama suami, Alif Teega.
Ini berikutan komen seorang individu yang menasihatinya untuk menjaga nama baik Aisyah kerana dia seolah-olah sedang merosakkan hubungan kakak dengan suaminya.
Pesanan aku satu je untuk kau, kau tu adik Aisyah. Tolong jaga nama baik kakak kau. Ikhtilat benda mudah tolong jaga. Kadang-kadang bila kau dah ‘spill the tea’, aku harap bukan fitnah..
..dan jangan kau yang jadi salah satu punca yang makin merosakkan hubungan kakak kau dengan suami dia.
Amirul kemudian tampil menjawab kritikan tersebut di ruangan hantaran yang sama.
Sebenarnya dashcam bukan nak cakap pasal kena pukul dalam kereta ke apa, dashcam ni cerita dia Aisyah hanya nak tahu isi dashcam. Dia ambil keputusan untuk ambik kad memori tu, lepas tu bila Alif naik kereta nak sampai pejabat dia terus perasan dah tak ada.
Kereta tu pulak selalu dibawa Alif atau mungkin ‘perempuan tu’. Sanggup patah bali confront Aisyah sebab nak tahu kalau Aisyah ada ambil kad memori dashcam tu. Mula la selepas-selepas itu sesi angkat tangan daripada dua.
Kata Amirul lagi, media sosial adalah satu-satunya platform yang mudah untuk membongkarkan segalanya kerana menurut Amirul, Alif tidak mahu memberi kerjasama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.