Adik Bongsu Bekas Perdana Menteri Jadi Pemandu e-Hailing

Trending

Adik Bongsu Bekas Perdana Menteri Jadi Pemandu e-Hailing

Memandangkan ramai diberhentikan kerja pada waktu pandemik ini, ramai yang mula beralih menjadi pemandu perkhidmatan e-hailing. Ini serba sedikit dapat membantu mereka menyara pembelanjaan harian keluarga sementara menantikan panggilan kerja baharu nanti.

4 years ago

AirAsia Perkenal Pakaian Seragam Terbaru Yang Lebih Selamat

Advertisement

Mungkin itulah sebab mengapa Datuk Seri Nazir Razak, anak bongsu Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua ingin cuba sendiri pengalaman menjadi pemandu e-hailing.

Dalam satu video yang dikongsikan airasia ride di Youtube, adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran menjadi pemandu selama 4 jam dan cuba mendapatkan seberapa ramai penumpang yang boleh.

airasia

Syarikat penerbangan tambang murah No.1 negara, AirAsia juga nampaknya sudah mula melakukan perkhidmatan e-hailing dengan nama airasia ride.

Berjaya dapat RM67 dalam masa 4 jam

Nazir yang cuba menjadi pemandu biasa bagaimanapun tetap dapat dikenali penumpang. Nazir juga dilihat bersembang mengenai banyak perkara termasuklah mengenai impian arwah Tun Abdul Razak memimpin negara.

Nazri turut berkongsi dia berjaya mendapatkan RM67.00 sepanjang 4 jam membawa penumpang ke banyak lokasi.

Nazir nak pandu lagi kalau ada masa lapang

“Jika saya mempunyai masa lapang, saya pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkan saya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik.”

Beliau turut membuat kiraan kasar sekiranya dia menjadi pemandu e-hailing sepenuh masa, sudah tentu boleh memperoleh pendapat sekitar RM200 hingga RM250 sehari.

This image has an empty alt attribute; its file name is AARide-193_20210824142347_newsroom.airasia.com_-900x600.jpg

Pastinya apa yang dilakukan Datuk Nazir adalah satu pengalaman yang sangat baik untuk merasai sendiri bagaimana rakyat biasa mencari rezeki. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...