AirAsia Perkenal Pakaian Seragam Terbaru Yang Lebih Selamat

COVID-19

AirAsia Perkenal Pakaian Seragam Terbaru Yang Lebih Selamat

Pakaian seragam untuk anak kapal disesebuah syarikat penerbangan telah menjadi sesuatu yang penting sejak dahulu lagi dalam membezakan identiti setiap syarikat penerbangan yang ada.

Baru-baru ini pula, syarikat penerbangan AirAsia dikatakan telah memperkenalkan pakaian seragam terbaru buat pramugara dan pramugari mereka.

Advertisement

Namun berbeza dengan seragam sebelumnya, rekaan kali ini telah diilhamkan daripada pakaian perlindungan diri (PPE) yang diciptakan khas bagi melindungi diri para krew kabin dan penumpang daripada virus COVID-19.

gambar hiasan

Walaupun telah muncul dengan gaya yang berbeza kali ini, syarikat penerbangan ini nampaknya masih terus mengekalkan warna tema mereka iaitu merah dan putih pada pakaian seragam terbaru ini.

Difahamkan, pakaian seragam yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Los Angeles Puey Quinones ini telah dibuat dari bahan PPE yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Filipina.

Advertisement

“Gabungan fesyen dan keselamatan ini akan menentukan standard baru penerbangan hari ini.”

Menariknya, walaupun pakaian seragam ini lengkap dengan peralatan pelindung diri, ianya tetap kelihatan sangat bergaya dan sporty sama dengan pakaian yang dipakai oleh pemandu kereta lumba Formula One.

PPE kami sangat selesa kerana tidak begitu tebal dan berat namun memenuhi tujuannya.

gambar hiasan

Pada masa yang sama, kami dengan bangganya mengumumkan bahawa AirAsia akan bangkit dari wabak ini.

Pakaian seragam terbaru AirAsia ini akan mula digunakan apabila pesawat syarikat itu dibenarkan beroperasi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...