“Adik Beradik Berlumba Nak Tunjuk Body” – Pakai Baju Ketat Nak Promosi Produk, Elisya Sandha Kena Kecam Lagi

Hiburan

“Adik Beradik Berlumba Nak Tunjuk Body” – Pakai Baju Ketat Nak Promosi Produk, Elisya Sandha Kena Kecam Lagi

Adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha sekali lagi menjadi tumpuan warga maya gara-gara mengenakan baju sendat ketika mempromosikan produk makanan tambahan di Instagram.

Dalam satu hantaran di Instagram, Elisya dilihat memakai dress merah sambil menunjukkan tubuh badannya yang langsing setelah mengamalkan produk berkenaan.

Advertisement

Finally, lain betul kan. Alhamdulillah XS pun dah boleh pakai!

Namun, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi komen-komen kecaman warga maya yang tampil menegur pelakon ini kerana terlalu seksi apatah lagi statusnya yang kini bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.

Sis dah jadi mak mak ni seeloknya janganlah seksi sangat.

Adik beradik berlumba-lumba nak tayang body. Kurus dunia nak bawak kemana kak.

Terdahulu, menantu kepada pengarah dan pelakon terkenal Sheila Rusly dan Jinggo ini pernah dikecam isu yang sama kerana berpakaian menjolok mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syafiq Kyle
8 months ago

"Nampak Happy Je Tak Jadi Kahwin" - Muat Naik Foto Aksi 'Peace', Hantaran Syafiq Kyle Jadi Tumpuan Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...