“Nampak Happy Je Tak Jadi Kahwin” – Muat Naik Foto Aksi ‘Peace’, Hantaran Syafiq Kyle Jadi Tumpuan Peminat

Hiburan

“Nampak Happy Je Tak Jadi Kahwin” – Muat Naik Foto Aksi ‘Peace’, Hantaran Syafiq Kyle Jadi Tumpuan Peminat

Hantaran Instagram pelakon sensasi, Syafiq Kyle semalam telah mencuri tumpuan netizen terutamanya peminat aktor itu.

Belum habis cerita tak jadi kahwin dengan tunang Mimi Lana, Syafiq dilihat memuat naik foto swafoto dengan aksi ‘peace’ yang ternyata telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang turut menyarankan agar Syafiq tidak mendirikan rumah tangga.

Nampak gembira tak jadi kahwin.

Kacaknya Syafiq, tak perlu lah kahwin.

Malah, ada yang memuji Syafiq yang kelihatan lebih kacak daripada sebelum ini.

Ada juga peminat yang mengkritik tindakan Syafiq dan Mimi yang memilih untuk tidak menjawab sebab pembatalan majlis perkahwinan mereka sebelum ini.

Aku suka Syafiq dan Mimi ni. Mereka berdiam diri dalam hal peribadi daripad adulu.

Mengimbas kembali, pasangan kekasih ini telah mengejutkan ramai peminat gara-gara keputusan mereka membatalkan majlis pernikahan dan resepsi yang telah dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 18 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mimi lana
8 months ago

"Terima Kasih Kerana Telah Timbulkan Satu Lagi Masalah" - Tweet Kecewa Mimi Lana Tuju Pada Siapa?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...