Adibah Noor Akui Serik Bercinta Kerana Sudah Lima Kali Dikecewakan

Hiburan

Adibah Noor Akui Serik Bercinta Kerana Sudah Lima Kali Dikecewakan

Penyanyi Adibah Noor mengakui kehidupannya cukup sempurna tanpa kehadiran lelaki bernama suami sekaligus membulatkan tekadnya untuk hidup membujang.

Adibah Noor
3 years ago

Adibah Noor Akui Gementar Di Minggu Pertama GV8, Ganggu Pernafasan Serta Penyampaian

Advertisement

Menurut Adibah, sebelum ini dia pernah lima kali melalui episod putus cinta dan pengalaman pahit tersebut membuatkan dia rasa serik untuk mengimpikan kehidupan berumah tangga.

Lebih malang dan menyedihkan, Adibah memberitahu yang kelima-lima bekas kekasihnya tersebut langsung tidak mempunyai niat untuk menghalalkannya sebagai isteri.

Jujur saya pernah putus cinta sebanyak lima kali. Pengalaman pahit itu buatkan saya dah tak sanggup alami masalah yang sama lagi.

Tambah Adibah lagi, satu lagi faktor yang menjadi penyebab dia rela hidup bersendirian adalah kerana faktor usia yang semakin meningkat naik.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar turut memaklumkan yang adalah lebih baik jika dia menjaga diri sendiri, keluarga dan fokus terhadap kerjayanya kerana keluarganya pun tidak pernah mendesak.

Adibah Noor

Bukan itu sahaja, Adibah juga memberitahu yang dia membela kucing hampir 20 ekor sejak berstatus solo dan dia merasakan hidupnya cukup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami.

Walaupun membujang, namun Adibah yang kini berusia 51 tahun tetap bersyukur kerana dikelilingi ramai rakan baik yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...