Adibah Noor Akui Gementar Di Minggu Pertama GV8, Ganggu Pernafasan Serta Penyampaian

Hiburan

Adibah Noor Akui Gementar Di Minggu Pertama GV8, Ganggu Pernafasan Serta Penyampaian

Setelah selesai mempersembahkan nyanyian sulungnya di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim 8, Adibah Noor ada berkongsikan perasaan menerusi ciapan yang dibuat olehnya di Twitter.

Menurut penyanyi yang kini sudah berusia 51 tahun itu, beliau mengakui berasa gementar dan turut berkata sudah sekian lama tidak merasai perasaan seperti itu.

Advertisement

Tambahnya lagi, oleh kerana berasa terlalu gementar, ia sekaligus telah memberi gangguan terhadap pernafasan serta penyampaiannya.

Saya okay saja sebelum tiba masa saya untuk bernyanyi, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi dan juga merupakan sebagai seorang pelakon itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada atas sokongan yang diberikan oleh peminatnya untuk beliau.

Adibah Noor GV8Sumber : Media Hiburan 

Pada minggu pertama Gegar Vaganza musim 8, pelakon drama Kampung People itu mendendangkan lagu yang disukai ramai iaitu Terlalu Istimewa secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan persembahannya itu telah menjadi tumpuan orang ramai yang menonton.

Gegar Vaganza Musim ke-8
2 years ago

Tiada Penyingkiran Di Minggu Pertama GV8, Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi, Adibah Noor Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...