Adibah Noor Akui Gementar Sudah Lama Tak Menyanyi Di Pentas

Hiburan

Adibah Noor Akui Gementar Sudah Lama Tak Menyanyi Di Pentas

Penyanyi bersuara lunak serta penghibur berpengalaman, Adibah Noor baru-baru ini mengakui perasaannya cukup gementar memandangkan dia sudah lama tidak menyanyi di pentas.

Adibah Noor
2 years ago

Akui Persaingan GV8 Agak Sengit, Adibah Noor Anggap Tiga Peserta Ini Bakal Jadi Persaing Vokal Hebat

Advertisement

Perkara tersebut berlaku rentetan penularan wabak Covid-19 selama hampir dua tahun yang ternyata memberi impak besar dalam kalangan penyanyi tanah air termasuk Adibah Noor yang akan bertanding dalam Gegar Vaganza (GV) musim ke-8.

Umum mengetahui, situasi semasa pandemik Covid-19 ini menyebabkan begitu banyak kekangan berlaku serta tiada acara persembahan secara langsung yang dianjurkan.

Ia bukan hanya membabitkan risiko keselamatan kesihatan dan pendapatan terjejas, ia turut menyebabkan perasaan rindu kebanyakan penyanyi menebal untuk beraksi di pentas.

Saya sebenarnya kurang selesa ketika menyanyikan lagu Terlalu Istimewa itu kerana sudah lama tak menyanyi sejak awal tahun lalu apabila Covid-19 muncul dalam negara.

Menurut Adibah, dia memang sudah lama tidak membuat persembahan pentas sekaligus menjadikan dirinya serba tidak kena namun perasaan tersebut perlu dilawan untuk membiasakan diri semula.

Adibah turut mengatakan bahawa dia yakin boleh melakukan yang sebaik mungkin untuk persembahan minggunan tetapi harus memperkasakan semula latihan bersama guru vokal untuk membiasakan diri kembali.

Adibah Noor

Adibah juga sempat mengulas tentang peluangnya yang sudah disebut-sebut mampu bertahan hingga ke final GV8 dan ada kemungkinan bergelar juara dengan mengatakan bahawa ia masih terlalu awal untuk membuat jangkaan.

Tambah Adibah, persaingan pun belum lagi bermula dan sukar mempercayainya kerana dia melihat kesemua peserta yang terpilih untuk bersaing dalam GV8 mempunyai kemampuan serta pesona mereka tersendiri.

Ujar Adibah lagi, sesiapa yang masuk pertandingan semestinya mahu menang tetapi paling utama baginya adalah untuk memastikan penonton gembira dan terhibur dengan persembahannya.

Sekadar info, Gegar Vaganza musim ke-8 akan membuka tirai persaingannya mulai 21 November ini dan akan disiarkan di Astro Ria pada pukul 9 malam selain turut menampilkan penyanyi berbakat lain seperti Nikki Palikat, Bandi Amuk, Datuk Fazley dan ramai lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...