Akui Persaingan GV8 Agak Sengit, Adibah Noor Anggap Tiga Peserta Ini Bakal Jadi Persaing Vokal Hebat

Hiburan

Akui Persaingan GV8 Agak Sengit, Adibah Noor Anggap Tiga Peserta Ini Bakal Jadi Persaing Vokal Hebat

Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8, Adibah Noor mengakui persaingan pada musim ini agak sengit memandangkan ramai penyanyi yang dikategorikan sebagai powerhouse menyertai program ini.

Adibah Noor, Aliff Aziz, Dato Fazley Yaakob
2 years ago

Pertempuran Sengit! Adibah Noor, Fazley Yaakob, Aliff Aziz Sertai Gegar Vaganza Musim 8

Advertisement

Menurut Adibah, daripada mula dia mengetahui penyanyi Nikki Palikat menyertai Gegar Vaganza 8 (GV8), dia sudah merasakan penyanyi tersebut merupakan persaingan vokal yang hebat.

Selain dari itu, dia turut berpendapat Shidee serta Aweera juga merupakan peserta yang hebat kerana apabila beliau mendengar Aweera menyanyi semasa rehearsel, penyanyi itu masih mempunyai tone dan key yang tinggi.

Tambahnya lagi, untuk GV8 kali ini, dia berhasrat untuk menyanyikan sebuah lagu rock yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki seperti Fotograf, Visa dan Rahim Maarof.

Saya belum pernah menyanyikan lagu-lagu berkenaan dalam persembahan dan amat meminatinya.

Gegar Vaganza Musim 8Sumber : Google 

Sekadar info, program realiti yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, Gegar Vaganza akan muncul kembali dalam musim kelapan dengan barisan peserta yang hebat seperti Aweera, Azan Scan, Senario, Aliff Aziz, Ani Maiyuni dan ramai lagi.

Tak sabar nak tengok!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...