July 4th, 2012

Selepas Aaron Aziz berjaya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia, seorang lagi pelakon dari Singapura iaitu Adi Putra berharap agar permohonannya sejak 6 tahun lepas dapat diluluskan. Untuk makluman, Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof yang merupakan rakyat Malaysia.

adi putra mypr

Walaupun masih menunggu kelulusan, Adi Putra mengakui yang statusnya sebagai orang luar tidak menghalang perkembangan karier seninya di Malaysia. Kata Adi:-

Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia. Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan.

Kalau pelakon hebat seperti Adi Putra dan Aaron Aziz mendapat MyPR, Abang Nara tak ada masalah kerana mereka benar-benar menyumbang dengan banyaknya kepada industri hiburan Malaysia. Namun diharap agar status MyPR ini tidak diberi secara semborongan kepada mana-mana artis yang memohonnya. Kena pastikan mereka benar-benar layak sebelum permohonan diluluskan. Tak gitu?


63 responses to “Adi Putra Mohon MyPR Sejak 6 Tahun Yang Lepas”

  1. temenggong lagi says:

    tak salah aku, mase interview ng melodi aritu.. AA ade cakap, yang ZZ dengki ngan die. Pastu die siap cakap, kalo nak die bole je share adiah ngan ZZ.. wekkk.. Blah la woi.. singapore tetap singapore.. poyo.. blagak.. hidung da la ala2 kelopak bunga..

    P.S : Suke Ady Putra yang macho..

  2. lovelime says:

    isu PR mmg sensitif sebenarnya…tp klu fkr logik dan ikut prosedur dan giliran mmg tak sepatutnya sampai 5-6tahun…tp pelik bila AA n family yg sah2 100% rakyat singapura boleh dpt dgn senang dan cepat PR dia…tp adi untuk pr dia seorg je perlu tunggu 6thn…haishhh org klu tgh market & pandai bodek siap bertweet & dtg kementerian mmg lah senang dpt!kpd fans AA fkr2 lah jgn minat org sampai membuta tuli sgt…

  3. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    bang nara kakak minah jambu ada tnye bang nara tau tak ada penyanyi lama nama dia AZMAN IDRIS kakak minah jambu cakap dia lama tk dengar berita dia amacam dia sekarang ? bang nara tolong find out kn ok thank uuuuuuuu…………lov u bang naraaaaaaaaaa…………………..

  4. mohdacapan says:

    Aron 2 poyo,muke belagak cm2 pn kowang sanjung2.da btl la zed 2 bangkitkn hal die org lua.kowang bkn dok joho.kalo kowang dok cni br kowang tau betape belagak n hanggeknye org s’pore ni bile trn m’sia.

  5. nyah dangdut says:

    dari segi rupa ady lagi hensem dari aron..bab pr ni sume bergantung pada keadaan..akhirnya sume telah ditakdirkan…

Loading...