Masih belum menjelaskan apakah berita itu benar ataupun tidak, Adi telah “diserang†seorang wanita yang menggunakan nama Zarin Bakariah. Wanita itu dengan melampaunya telah menyentuh hal berkaitan rumah tangga Adi termasuk soal zuriat.
Malah, wanita itu juga menuduh Adi sebagai seorang suami yang dayus dan melabelkan isteri pertama Adi iaitu Aida Yusof seorang yang hipokrit.
Berang dengan tindakan wanita berkenaa, Adi telah memuat naik status di Instagramnya dan membidas komen wanita itu dengan tegas.
Bersabarlah Adi, dalam seribu manusia pasti akan ada satu yang mempunyai perangai melampau seperti ini. Mereka dengan mudah menghakimi seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar. Mulut manusia kita tidak boleh tutup.