Penyanyi dangdut sensai, Baby Shima tampil menyelar mana-mana individu yang mengkritikannya gara-gar mengeluarkan kenyataan berhubung konsert kumpulan rock antarabangsa, Coldplay.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melampaui batas.
Tambahnya, tuduhan bahawa dia menghina agama dan menuduhnya mengeluarkan fatwa songsang itu satu fitnah serta mencadangkan agar pihak terbabit menghubunginya untuk cuba faham apa yang disampaikan.
Jelasnya lagi, dia terbuka untuk menerima teguran daripada sesiapa sahaja tetapi bukanlah dengan ‘serangan’ membuta tuli terhadapnya.
Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran tetapi bukan serangan tanpa usul periksa. Tiada keperluan menyerang saya dan janganlah rasa diri kita mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua adalah pendosa.”
Shima turut persoal adakah dia tidak boleh memberi pendapatnya kerana tidak mempunyai latar belakang agama atau gelaran pencetus ummah (PU)?
Adakah cuma yang ada gelaran PU sahaja yang boleh bercakap? Di mana bab saya menghina agama?”
Dalam pada itu, dia menegaskan sekali lagi agar mana-mana individu yang merasakan konsert adalah haram tidak perlu pergi.
Ujarnya lagi, konsert Coldplay itu telah diluluskan dan tiada salahnya memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai agama dan bangsa.