“Sebab Saya Tak Ada Tittle PU Saya Tak Boleh Suarakan Pendapat?” – Baby Shima Tempelak PU Syed

Hiburan

“Sebab Saya Tak Ada Tittle PU Saya Tak Boleh Suarakan Pendapat?” – Baby Shima Tempelak PU Syed

Sebelum ini, penyanyi dangdut, Baby Shima tidak bersetuju dengan beberapa pihak yang membantah konsert kumpulan rock terkenal antarabangsa, Coldplay yang bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Tampil memberi teguran, pendakwah bebas, PU Syed menegur penyanyi dangdut itu yang dikatakan telah mengeluarkan fatwa sendiri tentang halal haram sesebuah konsert.

Advertisement

Tidak berdiam diri, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memberi kenyataan balas terhadap PU Syed.

Saya bagitahu pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tak ada title PU saya tak boleh suarakan pendapat? Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap?

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 32 tahun itu menafikan dia menghina agama dan tidak menyentuh bab agama.

Tambahnya lagi, tuduhan terhadap dirinya yang menghina agama dan mengeluarkan fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.

Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Kalau tak nak ke konsert, tak perlu ke konsert.

Tak ada keperluan menyerang saya membuta tuli. Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua pendosa.

Dalam pada itu, Shima berkata lebih baik sekiranya pihak-pihak berkenaan menghubungi dirinya terlebih dahulu jika tidak memahami apa yang cuba disampaikan olehnya.

Saya pun sudi dan sedia terima teguran, bukan serang tanpa usul periksa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

Pu Syed 'Hentam' Baby Shima, Suka Hati Keluarkan Fatwa Tentang Konsert - "Senang Sungguh Jari Jemari Menaip..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...