Seorang wanita menggunakan kelebihan badan berbulu dimilikinya untuk menjadikan ia sebagai punca pendapatan yang lumayan.
Cherry yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat itu mendedahkan ada beberapa individu membuat permintaan agar dia tidak mencukur bulu di badannya.
Ketika itu, dia melihat ia sebagai peluang untuk menjana pendapatan kerana kewujudan manusia yang mempunyai nafsu pelik.
Saya dapat macam-macam permintaan pelanggan, ada yang aneh, contohnya mereka minta untuk cium dan hidu bulu ketiak saya. Mereka juga akan rakam video saya dari pelbagai sudut.”
Difahamkan, dia meletakkan harga yang tinggi untuk mereka yang berminat dengan bulu badannya iaitu sekitar £3,000 (~RM17,367) sehingga £39,000 (RM225,781).
Menerusi satu platform media, Cherry menayangkan bulu ketiak dan kakinya dengan bayaran tertentu untuk penonton yang mempunyai nafsu pelik.
Jelas Cherry, dia menyesal dengan perbuatannya dulu yang sering mencukur bulu badannya namun kini bangga kerana ia dijadikan sebagai sumber pendapatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.