“Orang Berak Pun Kau Bernafsu!” – Lelaki Tekejut Ada Orang Rakam Dalam Tandas Masa ‘Membuang’ Di R&R

Kehidupan

“Orang Berak Pun Kau Bernafsu!” – Lelaki Tekejut Ada Orang Rakam Dalam Tandas Masa ‘Membuang’ Di R&R

Tular di laman Facebook baru-baru ini mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Kamal yang terkejut apabila dia menjadi sasaran serangan seksual ketika menggunakan tandas awam.

Menerusi video tersebut, Kamal mendedahkan dia telah menjadi mangsa kepada seorang lelaki gila seks yang betindak merakam ketika dia sedang membuang air besar.

Advertisement

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di tandas lelaki Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Dengkil, Selangor pada Ahad malam.

Lelaki sekarang pun dah tak selamat! Tengah memerut boleh pula dia rakam filem daripada bawah tandas. Nasib baik aku jenis kalau memerut mata melilau.

Menurut Kamal, susulan kejadian itu, perakam lelaki itu itu pada mulanya ditahan dan kemudian melarikan diri sebelum ditangkap semula.

Bila tanya asal lari, katanya mana ada lari. Lepas tu boleh pula dia kata nak hentak dia hentak je la. Ingat aku tak tahu undang-undang? Paling pun pusing kat kita juga salah.

Malah, apa yang lebih mengejutkan apabila melihat di dalam telefon bimbit si perakam yang dirampas, terdapat banyak video orang awam dipercayai dirakam tanpa pengetahuan di dalam tandas berkenaan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat aksi lelaki-lelaki lain sedang membuang air dan turut memperlihatkan alat sulit mereka.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan lelaki itu dan membangkitkan kemarahan netizen.

Tolonglah lindungi kami kaum lelaki ni. Dah la tak ramai, diganggu pula – Netizen.

Pakai kereta H mampu, setakat nak dapat perempuan bukan la susah. Laki juga kau bernafsu,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami tegur isteri dah mandi wajib belum
3 bulan lalu

"Mengangkang Pun Nak Bagitahu!" - Pasangan Dikecam Teruk 'Upload' Video Tanya Dah Mandi Wajib Atau Tak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...