Ada Yang Dah Meluat, Hana Ismail Nafi ‘Pura-Pura’ Depan Kamera – “Ini Masa Saya Nak Tunjuk Bahagia Dengan Da’i Syed”

Hiburan

Ada Yang Dah Meluat, Hana Ismail Nafi ‘Pura-Pura’ Depan Kamera – “Ini Masa Saya Nak Tunjuk Bahagia Dengan Da’i Syed”

Pasangan selebriti yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Hana Ismail dan Da’i Syed sememangnya dikenali dengan kemesraan yang ditonjolkan di media sosial setelah keduanya bergelar suami isteri.

Meskipun terlihat bahagia, pasangan ini mengakui mereka tidak terlepas daripada kecaman sesetengah netizen yang ‘meluat’ melihat keintiman yang ditonjolkan di media sosial.

Advertisement

Ujar Hana atau nama sebenarnya Nurul Hana Ismail,37, dia menggunakan medium itu sebagai tempat dia menunjukkan kasih sayang sebenar sebagai pasangan suami isteri dan enggan berpura-pura.

Sama ada di media sosial atau di dunia realiti kami sama sahaja. Jadi saya tak naklah berpura-pura jarak dengan suami di media sosial sedangkan kami selalu duduk rapat apabila bersama.

Saya hanya mahu jadi diri sendiri. Inilah masanya untuk saya tunjukkan kasih sayang terhadap suami. Saya faham apa yang ditunjukkan itu menjadi perhatian kerana kami dikenali.

Menyentuh mengenai kata-kata kritikan dan kutukan yang diterima, Hana hanya menerima sahaja mesej daripada ‘haters’ dan tidak ambil hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

Perkembangan terkini, Hana berkata dia dan suami Da’i Syed sentiasa menantikan kehadiran cahaya mata namun tidak tertekan meskipun sering disoal mengenai perkara itu oleh peminat.

“Suami itu selalu pegang perut dan tanya ‘dah ada isi ke?’. Tindakan itu juga adalah doa.” ujar Hana.

Hana dan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful,28, telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu.

Anna Jobling Meerqeen
1 year ago

"Dah Macam Suami Isteri" - Drama Melur Untuk Firdaus Kembali, Peminat 'Approve' Gandingan Anna Jobling & Meerqeen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...