“Dah Macam Suami Isteri” – Drama Melur Untuk Firdaus Kembali, Peminat ‘Approve’ Gandingan Anna Jobling & Meerqeen

Hiburan

“Dah Macam Suami Isteri” – Drama Melur Untuk Firdaus Kembali, Peminat ‘Approve’ Gandingan Anna Jobling & Meerqeen

Keserasian pelakon baru yang namanya semakin meningkat naik, Anna Jobling dan Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus nampaknya semakin hangat apabila ia kembali untuk musim kedua tidak lama sahaja lagi.

Baru-baru ini, Anna dilihat ada berkongsi videonya menari bersama Meerqeen, sekaligus membuatkan peminat berasa tidak senang duduk.

Advertisement

Rata-rata peminat merasakan gandingan kedua-dua pelakon ini sebagai ideal malah seolah-olah seperti sudah menjadi suami isteri pula!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan gandingan pasangan ini di kaca televisyen sebagai Firdaus dan Melur untuk musim ke-2.

Haih dah macam suami isteri baru bangun tidur.

Tolonglah kahwin, dua-duanya serasi betul bersama.

Ada juga yang mendoakan agar Anna dan Meerqeen berkahwin dan menyamakan pasangan ini sebagai ‘the next Scha Alyahya & Awal Ashaari’.

Nad Zainal Dan Ungku Ismail
2023-01-27 10:19:41

(VIDEO) "Semoga Allah Permudahkan" - Kapsyen Cetus Tanda Tanya, Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bakal Berkahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok