Ada ‘Title’ Datuk Tapi Merendah Diri, Suami Adira Dan Datin Red Hadir Ke Mahkamah Naik Kapcai EX5

Hiburan

Ada ‘Title’ Datuk Tapi Merendah Diri, Suami Adira Dan Datin Red Hadir Ke Mahkamah Naik Kapcai EX5

Siapa tidak kenal dengan Datuk Red, suami kepada penyanyi Adira Suhaimi yang sering menjadi sorotan warga maya berikutan kisah rumah tangganya bersama selebriti itu.

Perkembangan terkini, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan dilaporkan menerima permohonan cerai daripada kedua-dua isterinya, Adira dan Datin Red secara serentak.

Advertisement
Datuk RedSumber : Portal  

Menganggap ia sebagai dugaan hidup, Datuk Red walaubagaimanapun tetap positif dan masih berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama kedua-dua isterinya itu memandangkan mereka masih belum bercerai secara sah.

Kemunculan Datuk Red ke mahkamah jadi tumpuan

Malah, kemunculan Datuk Red bersama motosikal kapcai EX5 semalam di hari perbicaraan kes cerai bersama Adira turut menjadi tumpuan warga maya.

Muncul dengan gaya bersahaja, Datuk Red hadir dengan motosikalnya dan berselipar dan tidak pula menunjuk-nunjuk kemewahan di sebalik statusnya sebagai seorang Datuk dan berpangkat tinggi.

Dia yang ditemui media turut mengakui segala dugaan yang dilalui kini adalah berpunca daripada kesilapan lalu.

“Saya cuba selamatkan sebaik mungkin untuk kedua-duanya tapi ini bukan dugaan tapi balasan atas apa yang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui media semalam.

Semalam, keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai antara pihaknya dengan Adira tidak mencapai keputusan positif dan mahkamah menentapkan tarikh 24 April nanti untuk proses Hakam.

Manakala isteri pertama Datuk Red turut dilaporkan mengemukakan perceraian terhadap suaminya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adira
2 months ago

"Saya Dah Lama Fikir Tentang Mereka.." - Adira Nafi Gosok Baju Untuk Datuk Red, Keputusan Dibuat Semua Demi Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...