“Saya Dah Lama Fikir Tentang Mereka..” – Adira Nafi Gosok Baju Untuk Datuk Red, Keputusan Dibuat Semua Demi Anak

Hiburan

“Saya Dah Lama Fikir Tentang Mereka..” – Adira Nafi Gosok Baju Untuk Datuk Red, Keputusan Dibuat Semua Demi Anak

Susulan isu kes penceraian yang difailkan oleh penyanyi Adira Suhaimi kepada suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red tampil menyatakan dirinya sedang berusaha ingin menyelamatkan rumah tangga mereka namun penyanyi itu menafikan ada berubah fikiran.

Sudah lama fikirkan anak

Menurut Adira, ketika Datuk Red berkata dia ingin rujuk dengan penyanyi itu demi anak-anak, Adira menegaskan dirinya sudah lama berbuat demikian. Keputusan yang dibuat sekarang ini juga demi kebaikkan anak-anak mereka.

Advertisement

Saya sebenarnya sudah lama fikir tentang anak-anak, sekarang ini semua yang berlaku pun sebab mereka. Dahulu saya rujuk pun sebab anak-anak, tiada sebab lain selain mereka.

 

Sampai setakat ini keputusan saya tetap sama untuk meneruskan perceraian, tidak akan berubah apa pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Bukan Adira yang gosok

Bukan itu sahaja, penyanyi ini turut menafikan kata-kata Datuk Red yang menyatakan penyanyi itu masih sayangi dirinya kerana masih sanggup menggosok pakaiannya untuk ke mahkamah. Namun, Adira menjelaskan, sebenarnya pembantu rumah mereka yang telah menggosok pakaian suaminya itu.

Bukan saya yang gosok baju itu, bibik yang buat. Tapi betul lah kami masih serumah. Dekat rumah pun memang ada komunikasi antara saya dan dia, tidaklah bermasam muka.

 

Tapi seperti saya cakap berulang kali sebelum ini, walau apa pun, keputusan saya masih dan tetap sama. Itu sahaja yang saya boleh kongsikan setakat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Sekadar info, Datuk Red telah menikahi Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada Disember 2015. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata bersama.

Adira
2 months ago

"Saya Cuba Pujuk, Ada Masa Lagi.." - Datuk Red Tak Berputus Asa, Percaya Masih Dapat Selamatkan Rumah Tangga Bersama Adira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...